SYARAT-SYARAT
SKIM PINJAMAN KREDIT PERIBADI
KOPERASI PERDANAJAYA MALAYSIA BERHAD

PENGENALAN

1.1 Skim Pinjaman Kredit Peribadi (SPKP) Koperasi Perdanajaya Malaysia Berhad (Koperasi) merupakan suatu kemudahan yang terbuka kepada anggota yang terdiri daripada kakitangan Kerajaan Persekutuan dan Negeri di mana gaji dibayar oleh Akauntan Negara dan Bendahari Negeri dan badan-badan berkanun serta organisasi atau syarikat milik kerajaan atau syarikat swasta di mana kemudahan potongan gaji oleh ANGKASA diterimapakai atau kemudahan potongan gaji disediakan/dibenarkan oleh majikan dan diterimapakai oleh Koperasi.

1.2 Pemohon hendaklah terdiri daripada kalangan kakitangan kerajaan yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan sekurang-kurangnya satu tahun atau kakitangan badan-badan berkanun serta organisasi atau syarikat milik kerajaan di mana kemudahan potongan gaji oleh ANGKASA diterimapakai atau kakitangan syarikat swasta di mana kemudahan potongan gaji oleh ANGKASA diterimapakai atau disediakan / dibenarkan oleh majikan hendaklah juga telah berkhidmat dalam perkhidmatan yang berkaitan sekurang-kurangnya satu tahun.

1.3 Kelayakan untuk meminjam oleh pemohon yang wajib menjadi anggota Koperasi hendaklah juga tertakluk kepada sebarang peraturan atau syarat lain yang dikenakan oleh Lembaga dan atau Pengurusan Koperasi dari semasa ke semasa.

PINJAMAN

 
2.1 Anggota yang layak boleh memohon pinjaman maksimum RM 30,000.00 manakala nilai pinjaman minimum ialah RM2,000.00, dengan sekurang - kurangnya seorang penjamin yang layak dan diterima oleh Koperasi, dan atau dengan membayar fi jaminan yang ditetapkan oleh Koperasi dari semasa ke semasa. Koperasi mempunyai budibicara dan kuasa mutlak untuk menolak atau meluluskan permohonan pinjaman seseorang anggota secara bersyarat dan budibicara dan kuasa ini hendaklah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana anggota.

2.2 Semasa permohonan anggota peminjam serta penjamin hendaklah berumur 18 tahun ke atas dan 54 tahun ke bawah pada tarikh tamat perjanjian pembayaran balik pinjaman atau sebarang umur lain yang ditetapkan oleh Koperasi dari semasa ke semasa tertakluk kepada skim perkhidmatan yang berkenaan.

2.3 Antara maksud-maksud pinjaman (tetapi tidak terhad) ialah untuk membiayai perbelanjaan:-

  • perjalanaan / pelancongan ke luar negeri
  • pendidikan di peringkat tinggi anggota dan tanggungan
  • membina, membeli dan memperbaiki rumah
  • membeli tanah
  • membeli perabot dan kelengkapan rumah
  • kecemasan seperti kebakaran, banjir atau lain-lain
  • melangsai hutang
  • perniagaan dan pelaburan
  • membeli kenderaan
  • pembicaraan mahkamah yang tidak dapat dielakkan
  • upacara perkahwinan atau lain - lain upacara yang bersesuaian seperti keagamaan dan atau kekeluargaan
  • maksud-maksud lain yang dibenarkan dan dipersetujui oleh Koperasi

TEMPOH BAYARAN BALIK

 3.1 Tempoh bayaran balik pinjaman adalah di antara 12 bulan hingga maksimum 180 bulan dan anggota peminjam adalah digalakkan untuk mengamalkan tempoh bayaran balik pinjaman sejajar dengan kemampuan dan umur masing-masing.

3.2 Keanjalan tempoh bayaran balik pinjaman hendaklah diamalkan agar anggota peminjam tidak dibebankan dengan bayaran ansuran pinjaman yang tinggi serta hendaklah juga memastikan agar jumlah potongan (termasuk cadangan ansuran pinjaman daripada Skim Pinjaman Kredit Peribadi Koperasi) tidak boleh melebihi daripada 60% daripada gaji bulanan atau sebarang had maksimum potongan daripada gaji yang ditetapkan oleh ANGKASA dan atau pihak berkuasa wajib/majikan yang berkaitan dari semasa ke semasa.

4.0 CARA PEMBAYARAN

 4.1 Melalui potongan gaji oleh ANGKASA atau majikan atau cara lain yang diterimapakai oleh Lembaga dan atau Pengurusan Koperasi dari semasa ke semasa.

5.0 PRA-SYARAT BAYARAN ANSURAN

5.1 Sebelum pemotongan gaji melalui ANGKASA atau majikan atau cara lain dapat dilakukan, peminjam perlu menguruskan bayaran ansuran bulanannya.

5.2 Bayaran ansuran bulanan pendahuluan sebanyak dua bulan atau sebarang jumlah bayaran lain yang ditetapkan atau dibenarkan oleh Koperasi akan ditolak daripada jumlah kredit yang diluluskan.

6.0 KRITERIA KELAYAKAN

 Pemohon perlu memenuhi syarat berikut:-

a) Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, dan

b) Mesti dalam keadaan siuman, dan

c) Tidak muflis, dan

d) Umur pemohon tidak boleh melebihi 50 tahun (harijadi yang
akan datang). (Umur pemohon tidak boleh melebihi 54 tahun apabila tamat tempoh kredit yang diberi atau had umur yang lain, tertakluk kepada skim perkhidmatan yang berkenaan), dan

e) Menerima gaji minimum RM600.00 termasuk elaun tetap dan merupakan seorang kakitangan kerajaan yang bertaraf tetap serta berkhidmat selama sekurang-kurangnya satu tahun dalam perkhidmatan kerajaan manakala untuk kakitangan badan-badan berkanun serta organisasi atau syarikat milik kerajaan atau syarikat swasta di mana kemudahan potongan gaji oleh ANGKASA diterima pakai dan atau kemudahan potongan gaji disediakan / dibenarkan oleh majikan hendaklah juga bertaraf tetap dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan yang berkaitan sekurang-kurangnya satu tahun.

f) Pemohon hendaklah menjadi anggota Koperasi dengan membayar fi masuk sebanyak RM10.00 dan melanggan syer bernilai RM100.00 manakala penjamin (jika berkenaan) hendaklah juga menjadi anggota Koperasi dengan membayar fee masuk sebanyak RM10.00 dan melanggan syer bernilai RM20.00 minimum.

g) Jumlah potongan (termasuk cadangan ansuran pinjaman daripada Skim Pinjaman Kredit Peribadi Koperasi) tidak boleh melebihi daripada 60% daripada gaji bulanan atau sebarang had maksimum potongan daripada gaji yang ditetapkan oleh ANGKASA dan atau pihak berkuasa wajib / majikan yang berkaitan dari semasa ke semasa.

h) Untuk Kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah potongan termasuk potongan yang dicadangan tidak boleh melebihi 60% daripada gaji pokok termasuk elaun tetap (samada ada pinjaman perumahan atau tidak) manakala bagi anggota-anggota IPK Kuala Lumpur dan Bukit Aman jumlah potongan tidak boleh melebihi 40% dan 50% masing-masing daripada gaji pokok termasuk elaun tetap (untuk pemohon dan penjamin).

i) Tempoh bayaran balik maksimum adalah 180 bulan.

j) Semakan kedudukan dan liabiliti kewangan di bawah sistem CTOS atau sebarang sistem semakan liabiliti kewangan lain.

7.0 PROSEDUR PERMOHONAN

7.1 Semua permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang permohonan Koperasi. Borang yang telah dipenuhi hendaklah dikembalikan ke Koperasi bersama dengan dokumen dan butir-butir yang berkaitan.

7.2 Borang BPA 1/79 dan atau borang-borang berkaitan hendaklah diisi oleh anggota peminjam dan anggota penjamin (jika berkenaan) supaya urusan potongan gaji untuk kemudahan pinjaman boleh diuruskan melalui ANGKASA atau majikan, yang mana berkenaan.

8.0 KOS PENGENDALIAN DAN CAJ-CAJ LAIN

8.1 Caj dan yuran yang akan dikenakan seperti berikut (tetapi tidak terhad) akan ditolak daripada jumlah pinjaman yang diluluskan kepada peminjam:-

a) Bayar caj dan yuran perkhidmatan, pemerosesan, pengendalian dan pengurusan sebanyak tiga peratus daripada nilai pinjaman.

b) Kadar insuran dan atau fi jaminan tidak kurang daripada enam peratus daripada nilai pinjaman atau sebarangan kadar lain yang ditetapkan oleh Koperasi dari semasa ke semasa untuk sekurang-kurangnya tiga tahun pertama tempoh bayaran balik pinjaman atau kadar seperti ditetapkan oleh syarikat penanggung insurans dan atau jaminan, yang mana berkenaan.

c) Bayaran ansuran pendahuluan sebanyak satu bulan dan atau sebarang jumlah bayaran lain yang ditetapkan dan dibenarkan oleh Koperasi serta bayaran fi masuk dan syer.

d) Sebarang caj/kos/yuran lain yang dikenakan oleh Koperasi dari semasa ke semasa.

e) Ansuran caj, bayaran, kos dan yuran seperti di atas tertakluk kepada perubahan dan atau pindaan dari semasa ke semasa dan pindaan tersebut hendaklah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana anggota.
9.0 KADAR FAEDAH

9.1 Kadar faedah sepuluh peratus setahun dikira atas dasar sama rata akan dikenakan atas jumlah pinjaman yang diluluskan.

9.2 Kadar faedah seperti di atas tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa dan perubahan kadar faedah tersebut hendaklah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana anggota.

9.3 Penyelesaian awal pinjaman sebelum tamat tempoh perjanjian akan dikenakan faedah tambahan ke atas baki pinjaman belum jelas sepenuhnya pada kadar yang ditetapkan oleh Koperasi dari semasa ke semasa.

10.0 BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA (BPA) / MAJIKAN

 10.1 Semua caj oleh BPA dan atau majikan akan ditanggung oleh anggota peminjam pada kadar yang ditetapkan oleh Koperasi dan kadar tersebut tertakluk kepada perubahan dan perubahan tersebut tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana anggota.

10.2 Borang BPA 1/79, 2/79 dan sebarang borang lain berkaitan hendaklah disahkan oleh ketua jabatan pembayaran gaji anggota peminjam dan penjamin sahaja (jika berkenaan) atau kakitangan lain yang diberi kuasa dan diterimapakai / diluluskan oleh Koperasi.

 

11.0 AM

 11.1 Perkataan peminjam, pemohon, Ahli, Anggota atau pelanggan adalah merujuk kepada orang yang sama iaitu anggota individu yang menjadi anggota Koperasi.

11.2 Koperasi berhak untuk membuat sebarang perubahan dan atau pindaan kepada syarat dan peraturan di atas dan semua perubahan pindaan sepertinya hendaklah dianggap berkuatkuasa mulai daripada tarikh ianya dikuatkuasakan samada dimaklumkan secara bertulis atau sebaliknya.

Muat Turun Borang Keanggotaan & Pinjaman

 
Back to English Version

 Copyright © Koperasi Perdanajaya                                                                                                 Privacy Policy.